Selepas mendominasi Poirier dengan bergelut di sepanjang perlawanan Sabtu di Pulau Yas di Abu Dhabi, Nurmagomedov (28-0) berjaya membuat 'rear naked choke' dan memaksa Poirier menyerah kalah di pertengahan perlawanan pusingan ketiga.
Pejuang Rusia kelahiran Dagestan itu kembali dengan hampir sempurna untuk pertarungan pertamanya sejak menewaskan Conor McGregor pada Oktober 2018. Nurmagomedov telah menghentikan tiga daripada lima lawan terakhirnya dengan submission, dan dia kini mencabar Jon Jones dan Amanda Nunes untuk menjuarai 'pound-for-pound' tidak rasmi dalam seni mempertahankan diri campuran (MMA).
"MMA adalah mengenai rasa hormat, ini yang kami tunjukkan malam ini," kata Nurmagomedov. #ALJAZEERA
Ulasan