Polis tahan lelaki dakwa 'Nora Anne dirogol Orang Asli'

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, dirogol orang Asli.

Lelaki itu yang menggunakan nama Zikri Armstrong membuat dakwaan tersebut melalui ciapan akaun Twitternya, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, jam 7 malam tadi.

- Petikan dari astro AWANI

Ulasan