Kereta yang paling pencuri suka

Kepada pemilik kereta Proton Wira dan Toyota Hilux, jaga baik-baik kereta anda kerana kedua model ini adalah antara model kenderaan yang paling 'digemari' pencuri kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Itulah yang ku baca di my Metro tadi. Ini bukan bermakna kereta model lain tak boleh hilang sebab yang dinamakan pencuri kereta tu.. akan mengebas apa saja jenis kereta jika mereka berpeluang melakukannya.


Proton Wira SE. Gambar dari paultan.org

Selain Proton Wira dan Toyota Hilux, model lain yang direkodkan adalah Perodua Kancil, Proton Iswara dan Perodua Myvi selain Honda Civic untuk kenderaan bukan nasional.

Menurut berita lain: Kajian Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) mendedahkan sebuah kenderaan hilang setiap 40 minit di negara ini.

Hasil kajian yang dibuat tahun lalu berdasarkan tuntutan insurans yang diterima itu mendapati sebanyak 13,340 unit kenderaan dicuri sepanjang 2018 dan daripada jumlah itu, 60 peratus membabitkan motosikal.

Ulasan

JohnRMay berkata…
Proton X50 adalah mobil favorit saya, dan menyambut Anda semua untuk membelinya.