Gadis jual air yang telah dia gunakan untuk mandi, laris

Seorang gadis menarik hampir 4 juta pengikut dengan berkongsi gambar-gambarnya di Instagram. Belle Delphine, 20, yang menggambarkan dirinya sebagai 'gamer girl', memasarkan air mandiannya secara online dengan harga £24 satu pot.

Pot air didatangkan dengan kenyataan: 'Dibotolkan semasa saya bermain dalam mandian. Ini benar-benar air mandi .. penafian: Air ini bukan untuk minuman dan hanya boleh digunakan untuk tujuan sentimental.'

Hanya dua hari kemudian laman web jualan online berkenaan memberitahu bahawa air mandiannya telah habis dijual, dengan kenyataan 'kehabisan stok'.

Sebelumnya, menerusi hantaran ke Instagram pada awal minggu, Belle menunjukan dia berada di dalam tab mandi berisi air yang 'berjenamanya' itu, dengan kata-kata: "Saya kini menjual air mandian saya untuk anda semua 'gamer boys yang DAHAGA', periksa kedai baru saya di mana saya menjual barangan untuk anda!". #Mail Online

- Phh.. air mandian gadis pun boleh laku. Tak mustahil satu hari nanti kentot dia pun jual.. hahai.

Ulasan