Berapakah jumlah penduduk Malaysia

Taburan penduduk dunia.

30 juta orang. Itulah angka yang ku dengar-dengar.. dulu. Tadi aku tengok di World Population Review, jumlah penduduk Malaysia terkini ialah 31,949,383 orang. Tak lama (lebih kurang 10-15 minit) kemudian aku jengok semula laman web berkenaan, jumlahnya dah meningkat kepada 31,949,394 orang pulak.

Skrinshot dari laman World Population Review.
Penduduk dunia dianggarkan lebih 7.7 biliun.

Menurut apa yang aku faham dari laman web berkenaan (yang menerima data langsung dari Bangsa-bangsa Bersatu dan beberapa sumber lain), jumlah keseluruhan penduduk dunia dianggarkan bertambah 1 orang pada setiap 0.38 saat - setelah mengambil kira yang meninggal dunia dan yang baru lahir.

Di Malaysia, dianggarkan terdapat 1 kematian pada setiap 3 minit dan 1 kelahiran pada setiap 1 minit.

Taburan penduduk di 20 kawasan bandar besar di Malaysia.

Walaupun jumlah yang diberikan nampak macam tepat, adalah penting untuk kita ingat bahawa ia hanya anggaran. Adalah agak mustahil untuk mengetahui dengan tepat berapa ramai orang yang ada di muka bumi pada satu-satu masa.

- Jadi, berpandukan angka yang ku lihat tadi, bolehlah agaknya ku katakan penduduk Malaysia sekarang ialah 32 juta orang.

Ulasan