Washington telah menuduh Beijing menggunakan syarikat teknologi, Huawei, untuk mengintip. Hari ini, media negara China pula menuduh 'AS mengintip semua orang!'
Amerika Syarikat menjalankan pengintipan siber di seluruh dunia dalam usaha untuk kekal sebagai kuasa besar global, selari dengan ketegangan politik di antara kedua-dua negara yang terus meningkat. '[Washington] telah menggunakan kelebihannya dalam bidang telekomunikasi untuk memantau komunikasi global selama ini,' dakwa People's Daily, sebuah media China.
China dan Amerika Syarikat berlaga tanduk di kancah perang perdagangan yang semakin meruncing setelah Washington menuduh Beijing melakukan amalan perdagangan yang tidak adil dan mencuri teknologi AS. Perang perdagangan, yang bermula tahun lepas, menjadi 'perang dingin teknologi' selepas pentadbiran Trump menuduh syarikat teknologi China Huawei mengintip orang-orang Amerika untuk Beijing - dakwaan yang Huawei telah nafikan berulang kali.
Dalam ulasan hari ini, People's Daily berhujah bahawa A.S. tidak pernah mengemukakan apa-apa bukti untuk membuktikan bahawa firma teknologi Cina - termasuk Huawei, Hikvision dan pembuat DJI - mengintip pengguna mereka.
Washington telah menyekat Huawei dari rangkaiannya dan mengeluarkan arahan untuk mengharamkan firma yang berpangkalan di Shenzhen itu dari memperoleh barangan dan teknologi AS. Trump juga menggesa negara-negara Barat lain, termasuk UK untuk menghalang Huawei dari rangkaian 5G mereka atas alasan pengintipan siber.
Google kemudian memutuskan hubungan dengan syarikat China itu dan membatalkan lesen Androidnya - penting untuk menghasilkan telefon pintar Huawei.
Untuk membuktikan kenyataannya, media China itu menyebutkan satu artikel dari The Guardian pada 2014, yang mendakwa bahawa Badan Keselamatan Negara AS (NSA) secara rahsia telah melancarkan alat-alat pemintasan di server buatan Amerika untuk dieksport ke luar negara.
Satu artikel pada 2013 dari Reuters juga dinamakan, yang mendakwa NSA telah mengatur kontrak rahsia bernilai $10 juta dengan RSA, salah satu firma paling berpengaruh dalam industri keselamatan komputer.
Dalam membuat kesimpulan, People's Daily berkata kedua-dua Perancis dan Jerman enggan menghalang Huawei meskipun mendapat tekanan dari Washington, dan tidak diragukan lagi itu merupakan tamparan hebat buat AS. (Malaysia pun tak sekat Huawei. Tun Mahathir ada menyatakan pendiriannya di persidangan antarabangsa di Tokyo. Lihat di YouTube)
Ketegangan antara Washington dan Beijing meningkat dengan mendadak pada bulan Mei selepas pentadbiran Trump menuduh China tidak menepati perjanjian untuk membuat perubahan struktur ekonomi semasa beberapa bulan perbincangan perdagangan.
Kerajaan AS juga menimbulkan kemarahan China dengan menyenarai hitamkan Huawei yang secara efektif mengharamkan syarikat-syarikat AS sendiri dari melakukan perniagaan dengan firma Cina tersebut, pembuat peralatan telekom terbesar di dunia. #Mail Online
- Yang warna merah tu aku tambah sendiri.

Ulasan