Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan polis di wilayah Manitoba Kanada pada minggu lepas. Dia telah ditangkap kerana memandu pada kelajuan 105 batu/sejam, kata pihak berkuasa. Pemandu remaja berkenaan yang memandu kereta Chevrolet Camaro, didenda $727 kerana memandu laju dan lebih dari $150 kerana memandu tanpa pemandu penyelia. Pegawai juga berkata lesen remaja itu "kemungkinan besar" akan digantung.
Ketika ditahan polis, budak lelaki tersebut memberi alasan dia memandu dengan laju kerana dia telah memakan kepak ayam yang pedas dan benar-benar perlu untuk menggunakan bilik mandi. Lak.. kepak ayam pedas punya pasal!?
"Absolutely #noexcuses for that kind of speed," jabatan terbabit menulis online, Khamis. #FOX NEWS
Ulasan