Lelaki diikat dan dibelasah di India

Satu video yang telah menjadi viral berdurasi 10 minit menunjukkan Tabrez Ansari, 24, dipukul oleh sekumpulan lelaki minggu lalu atas tuduhan yang dilakukannya di daerah Kharsawan, Jharkhand. Diikat pada tiang, Ansari juga dipaksa berteriak "Jai Shri Ram", satu slogan yang digunakan oleh kumpulan Hindu terbabit.

Polis India telah menahan 11 orang di atas penyeksaan seorang lelaki Islam (lelaki berkenaan kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya).

Kartik S, ketua polis tempatan, memberitahu agensi berita AFP bahawa dua pegawai polis juga telah digantung tugas di atas kesalahan dalam pengendalian penangkapan Ansari.

Penduduk kampung menyeksa Ansari selama hampir 12 jam, kata polis, sebelum dia ditahan dan kemudian dimasukkan ke hospital. Dia meninggal dunia di hospital pada hari Sabtu kerana kecederaannya, empat hari selepas dia dibelasah.

Skrinshot video.

"Dua orang polis juga telah digantung kerana mereka gagal memaklumkan kepada pihak atasan tentang kes itu dan cuba mengurusnya pada tahap mereka sendiri," menurut ketua polis.

Laporan media tempatan India berkata isteri Ansari menuduh polis sengaja membawanya ke penjara terlebih dahulu - bukannya hospital - meskipun kecederaan kritikal yang dia alami.

"Persekitaran yang terbentuk di seluruh negara membolehkan dan menggalakkan keganasan seperti ini," kata Harsh Mander, seorang ahli pengasas Karwan-e-Mohabbat ("kafilah cinta"), satu kempen solidariti bagi mangsa yang ditimpa keganasan kebencian. "Bagi pelaku serangan, 'serangan itu adalah tindakan kepahlawanan'. Ansari tidak hanya dikasari oleh orang ramai, tetapi ada kebencian agama yang jelas berdasarkan cara yang mereka lakukan dengan meminta dia menjerit slogan Hindu," katanya kepada Al Jazeera.

Mengulas laporan mengenai polis mendaftarkan kes terhadap Ansari selepas diserahkan kepada pihak berkuasa, Mander berkata: "Ini adalah corak oleh pihak polis, mereka cenderung untuk mendaftarkan kes terhadap mangsa [pertama] daripada tertuduh, terdapat pertimbangan berat sebelah yang sentiasa disahkan oleh polis."

Pada hari Isnin, India menolak laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa intoleransi agama dan keganasan terhadap minoriti telah meningkat di India di bawah kerajaan parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Narendra Modi.

Dalam demokrasi India, kaum Muslim merasa semakin dipinggirkan. Laporan kebebasan beragama AS menyatakan terdapat banyak serangan yang dilakukan oleh pelampau Hindu yang menuntut untuk melindungi lembu - yang dianggap suci oleh orang Hindu - sejak 2014 ketika Modi berkuasa.

Selepas serangan ke atas Ansari, Menteri Jharkhand CP Singh, dalam satu sidang akhbar pada hari Isnin menyatakan bahawa insiden seperti itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan dikaitkan dengan BJP dan Rashtriya Swayamsevak Sangh (sebuah organisasi penyokong Hindu yang mahu India didefinisikan sebagai sebuah negara Hindu).

"Kerajaan akan menjalankan siasatan. Trend untuk mempolitikkan insiden itu adalah salah," kata Singh yang dipetik oleh kumpulan media tempatan, NDTV.

Pada awal bulan ini, Modi mengutuk serangan beramai-ramai dengan mengatakan: " Membunuh orang dengan nama 'gau bhakti' (penyembahan lembu) tidak boleh diterima. Tiada seorang pun di negara ini mempunyai hak untuk mengambil undang-undang sendiri."

Puluhan umat Islam telah dibunuh oleh kumpulan pelampau Hindu dalam lima tahun kebelakangan atas tuduhan bahawa mereka menyembelih lembu atau memakan daging lembu. #ALJAZEERA

Video yang dimuat naik oleh India Today di Youtube:

Ulasan