MADRID - Seorang vlogger YouTube telah membuat satu video lawak praktikal (prank), memperdayakan seorang gelandangan dengan bayaran €20 untuk memakan biskut Oreo yang mana semua krimnya telah diganti dengan ubat gigi. Videonya yang menunjukkan lelaki gelandangan terbabit termuntah muntah menyebabkan kemarahan ramai di media sosial.
Selepas penyiaran video menerima kutukan yang meluas, si vlogger itu menggantikan video berkenaan dengan satu video lain di mana dia melawat semula gelandangan tadi dan menawarkannya lagi wang €20. Menurut polis, dia kemudian menawarkan €300 kepada anak perempuan mangsa agar tidak memfailkan saman.
Bagaimanapun vlogger berkenaan, Kanghua Ren dijatuhkan hukuman 15 bulan penjara. Ren didapati bersalah kerana menceroboh integriti moral seorang gelandangan.
Mahkamah juga memutuskan saluran YouTubenya, ReSet, mesti ditutup dan dia tidak boleh menyiarkan apa-apa video selama 5 tahun. Hakim menyatakan "Ini bukan perbuatan terpencil" - Ren juga telah melakukan 'tindakan kejam' terhadap 'mangsa-mangsa yang lemah' di video yang lain.
Ren turut diperintahkan membayar pampasan sebanyak €20,000 ($22,300) kepada mangsa. #The New York Times

Ulasan