Kaki raba pernah ditangkap sekurang-kurangnya 169 kali

Polis New York telah menahan seorang lelaki selepas dia dikatakan meraba seorang pegawai lalu lintas di sebuah gerabak kereta api bawah tanah yang penuh sesak.

Giann Verdelli, 67, ditahan pada Jumaat pagi di atas insiden tersebut, yang dikatakan berlaku di satu hentian di Manhattan sejurus sebelum pukul 9 pagi Rabu.

NYPD mengatakan Verdelli mencapai bawah pakaian seorang wanita berusia 37 tahun dan memegang alat kelaminnya. Verdelli kemudian segera melarikan diri apabila kereta api tiba di satu stesen.

Bagaimanapun, wanita berkenaan sempat merakam gambar pelaku tersebut. Dia berkongsi imej dengan polis, yang dengan cepat mengenal pasti lelaki itu sebagai Verdelli.

Menurut NewJersey.com, beliau telah ditangkap sekurang-kurangnya 169 kali sebelum ini. Verdelli ditangkap pada tahun 2012 kerana mencabul dua wanita di atas kereta api. Dia didakwa dengan dua tuduhan berkaitan jenayah seks. Pada tahun sebelumnya, Verdelli disabitkan menyentuh seorang wanita secara paksa di New York dan dijatuhkan hukuman penjara 200 hari di penjara tempatan di atas kesalahannya.

Pihak berkuasa memberitahu NewJersey.com bahawa majoriti penangkapan Verdelli berkaitan dengan jenayah kecil, termasuk pencerobohan dan pemilikan ganja. #Mail Online

Ulasan