Ingatkan dah beli villa, rupa-rupanya hanya rumput

Seorang lelaki Florida menyangka dia telah membeli sebuah vila dengan harga $9,100 di satu lelongan atas talian tetapi yang sebenarnya dia hanya membeli sebidang rumput yang terletak di antara dua buah vila.

Lelaki berkenaan, Kerville Holness menyangka dia membeli vila Tamarac yang bernilai $177,000, semasa lelongan tersebut. Ternyata dia telah membeli sebidang rumput seluas 100 kaki panjang di Northwest 100th Way di Spring Lake - bermula dari tepi lorong pejalan kaki di mana dua peti surat berdiri dan terus ke bawah dinding yang memisahkan garaj dua vila bersebelahan, kemudian memanjang ke halaman belakang vila.


Walaupun pembelian merugikan, para pegawai mengatakan Holiness tidak boleh melakukan apa-apa, mengikut undang-undang negeri. Holness seharusnya telah membaca maklumat lelongan dengan lebih teliti dan tidak ada apa yang dapat dilakukannya untuk pengembalian dana.

'Ia penipuan. Tiada tanda yang menunjukkan ia hanya satu baris tanah melalui vila berganding, walaupun mereka mempunyai cara untuk menunjukkan begitu,' kata Holness kepada Sun Sentinel. 'Jika saya berdendam, saya boleh memotong dinding garaj dan rumah untuk mendapat bahagian saya, tetapi apa gunanya untuk saya?' dia menambah.

Dia mengatakan bahawa imej dari penilai harta telah dipautkan ke laman web pelelong yang menunjukkan vila sebagai item yang akan dibida. Hanya maklumat di laman cukai daerah mengatakan bahawa bangunan tidak bernilai dan tanah berkenaan hanya seluas 100 kaki persegi dengan hartanah hanya satu kaki lebar.

Kini para pegawai memberi amaran kepada peserta yang mengikuti lelongan supaya berhati-hati mengenai tawaran hartanah.

'Dia boleh pergi ke mahkamah dan mencari kesilapan dalam prosedur penjualan,' peguam hartanah, Gary Singer berkata tentang kertas kes. 'Secara umumnya, dia membeli apa yang sepatutnya dibeli.' #Mail Online

- Pembeli yang cuai atau penjual yang bijak (bijak menipu)? Pengajaran: Berhati-hati dengan pembelian online

Ulasan