Foto mayat dua beranak menyoroti kesengsaraan pendatang melintas sempadan


Mayat seorang lelaki dan anak perempuannya yang berumur 23 bulan terbujur di air cetek di tepi sungai Rio Grande. Baju hitam terselak ke paras dada dengan anak gadisnya terselit di dalam. Lengan kanak-kanak tersebut terletak rapat di leher bapanya, menunjukkan dia memaut bapanya pada saat-saat terakhir.

Gambar yang menyayat hati ketika penemuan mayat mereka pada hari Isnin, dirakam oleh wartawan Julia Le Duc dan diterbitkan oleh akhbar Mexico, La Jornada. Ia menyoroti onak duri yang dihadapi kebanyakan pendatang Amerika Tengah melarikan diri dari keganasan serta kemiskinan dan berharap untuk mendapat suaka di Amerika Syarikat. #ALJAZEERA

Ulasan