Seorang gadis Yaman, Nada al-Ahdal, 11 tahun, melarikan diri dari kedua ibu bapanya yang memaksa dia untuk berkahwin.
Nada datang daripada keluarga sederhana dan merupakan salah seorang daripada lapan orang adik-beradik. Bapa saudaranya Abdel Salam al-Ahdal, seorang juruteknik grafik dan montaj di sebuah stesen TV yang tinggal bersama ibunya telah mengambil dan memelihara Nada sejak dia berusia tiga tahun.
Bukan Nada sahaja kanak-kanak di rumah. Bapa saudaranya juga telah mengambil anak saudaranya yang lain ke bawah jagaannya. Abdel Salam bertanggungjawab membesarkan kedua orang anak-anak tersebut. Dia sendiri yang menjaga mereka dan ibunya yang sudah tua.
Nada dibesarkan dalam persekitaran yang penyayang, pergi ke sekolah dan belajar bahasa Inggeris semasa cuti musim panas. Dia mempunyai laman Facebook sendiri, seorang yang berbakat menyanyi dan ada mengambil bahagian dalam acara muzikal. Walau bagaimanapun, kebahagiaannya hampir terhenti di situ saja apabila ibubapanya datang mengambilnya untuk dikahwinkan dengan seorang lelaki kaya Yaman yang tinggal di Arab Saudi. Namun begitu Nada yang baru berusia 11 tahun itu tidak bersetuju lalu bertindak nekad melarikan diri dari rumah ibubapanya dan kembali kepada pakciknya.
#NOW #Mail Online
- Nada yang petah bercakap dengan berani meluahkan perasaannya.
Ulasan