Mekanik pandu uji Lamborghini, terlibat kemalangan, penunggang skuter terkorban

Sebuah kereta Lamborghini tanpa plat nombor pendaftaran telah terlibat dalam satu kemalangan, melanggar sebuah SUV Hyundai dan sebuah skuter. Penunggang skuter yang tercampak jauh akibat dilanggar, mati di tempat kejadian. Dari siasatan polis trafik, pemandu yang terlibat bukan lah pemilik Lamborghini berkenaan tetapi seorang pekerja sebuah kedai membaiki kereta dan dia sedang memandu uji kenderaan tersebut. Menurut analisis seorang pegawai polis, Lamborghini terbabit mungkin telah memecut selaju 200 kilometer sejam semasa kejadian berlaku.


Kejadian berlaku 13 Mei lalu di Guannan Avenue di Kunming, China.


Pegawai Polis Trafik mengukur tempat kejadian.


Skuter yang dilanggar tercampak beberapa meter, berkecai di tengah jalan.

#NetEase

Ulasan