BN kembali berkuasa..

Keratan berita dari mukadepan akhbar Kosmo
6 Mei 2013.
Semalam, hari PRU13. Pada sebelah malamnya keputusan pengiraan undi di setiap kawasan diumumkan satu persatu hingga ke awal pagi. Hari ini berita tersiar di akhbar-akhbar, portal-portal dan blog-blog.

BN berjaya merampas Kedah dan memenangi 133 Kerusi Parlimen yang membolehkan BN menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Hanya parti-parti komponen BN yang mendapat kerusi majoriti di Sarawak dan Sabah serta beberapa kawasan-kawasan majoriti tradisional Melayu di Semenanjung yang banyak membawa kepada kemenangan BN. Peratusan pengundi Cina yang memilih untuk bersatu di bawah satu payung iaitu DAP jelas meningkat. MCA dan GERAKAN kelihatan menjadi lemah.

Dalam PR sendiri, Kerusi bagi DAP menokok, memegang jumlah Kerusi Parlimen dan Kerusi DUN tertinggi.
PRU 13
Kerusi Parlimen
BN 133
PAS 21
PKR 28
DAP 38
Kerusi Dun
BN 275
PAS 85
PKR 49
DAP 92
- Kemenangan BN tidak begitu membanggakan, DAP semakin kuat.

Ulasan