Kampung orang kerdil


Kira-kira 40% daripada penduduk sebuah kampung di Wilayah Sichuan di barat daya China adalah orang kerdil. Antara tahun 1920an dan 1970an penduduk di kampung Yangsi mula mengalami keadaan misteri yang melanda terutamanya kanak-kanak berusia antara 5 hingga 7 tahun. Gejala utama adalah pembesaran kanak-kanak berkenaan terhenti dan tidak menjadi lebih tinggi. Pakar-pakar melawat kampung itu beberapa kali, menguji air, tanah, bijirin, dan memeriksa mereka yang terjejas, tetapi tidak dapat mencari punca keadaan. Hari ini, sekitar 80 orang tinggal di kampung tersebut dan 36 daripada mereka adalah di antara 0.8 meter hingga 1.4 meter tinggi. #The Telegraph

Ulasan