|
Lamborghini Pregunta. |
Pregunta adalah satu-satunya kereta konsep dan yang terakhir dibina oleh Lamborghini sebelum syarikat tersebut dibeli oleh Audi pada tahun 1999. Ia merupakan sebuah kereta
super aeroangkasa, dihasilkan dengan badan serat karbon, 530 kuasa kuda V12 dan dikatakan mampu memecut sehingga lebih dari 207 batu sejam.
|
Enjinnya mampu menjana 530 kuasa kuda. |
Kereta ini digerakkan oleh pacuan roda belakang dan tidak 'all-wheel drive' sebagaimana Diablo walaupun ianya dibina di atas platform yang sama. Badannya disalut dengan cat yang bermutu tinggi, sama seperti yang digunakan pada Dassault Rafale, jet pejuang tentera Perancis. Pregunta juga menggunakan lampu gentian optik, kamera pandangan belakang dan sistem GPS.
|
Hanya satu pernah dibina. |
|
Anggun, canggih, menawan dan mampu membuat air liur meleleh.. |
Menurut berita, kereta ni akan dijual dengan harga €1.600.000 ($2.1 juta AS). Tak tau la dah terjual ke belum sebab berita yang ku baca tu bertarikh 11 April lalu.
Ada yang berminat?
#
AutoDrome / #
MOTOR AUTHORITY
Ulasan