Dapat BR 1Malaysia yang kedua

Baucar tunai BR1M 2
Korang dah dapat? Aku dah. Aku ambil pada hari Rabu lalu (6/2/13), di hari yang sama surat sampai. Kelam-kabut jadinya bila aku buka surat yang menyatakan baucar BR1M ku boleh diambil di antara pukul 8.00 pagi hingga 1.00 ptg pada hari itu juga di Sjk Chung Hwa Jln Arab, sedangkan surat baru ku buka dan ku baca sekitar pukul 2.15 ptg! Batalkan pergi sambung kerja petang tu, terus aku ke Sjk Chung Hwa.

Setibanya aku di sekolah berkenaan lebih kurang pukul 3.00 ptg, ku lihat para pekerja telah siap memunggah kerusi meja ke atas lori MPM. Tiada pun kelihatan orang beratur mengambil baucar. Aisey! Memang sah le dah terlambat. Menurut seorang nyonya (mungkin petugas membahagi baucar) yang kebetulan berada di situ: "You pergi ke pejabat tanah. Baucar yang belum diclaim hari ni dah dihantar ke sana." Dengan pantas aku terus menstart motorsikal ku menuju ke Pejabat Tanah di Bangunan Sultan Abu Bakar, Jalan Petrie. Kat Muar juga la tu.

Dipendekkan cerita, di situ aku menerima baucar BR1M 2 ku. Bukan aku sorang. Ku lihat ada ramai orang berada di Pejabat Tanah yang sama seperti aku, ketinggalan mengambil baucar di sekolah tadi. Bagi mereka yang lebih lambat lagi, terpaksa la mereka kena datang lagi ke Pejabat Tanah pada keesokan harinya kerana waktu pejabat hanya sampai pukul 4.00 ptg.

Di sini ingin la aku mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana BR1M ni. Maklum la bukan aku nak mengampu kerajaan BN tapi aku rasa aku patut berterima kasih. Bayangkan la jika kita memberi tapi orang yang menerima langsung tidak tahu berterima kasih. Bagaimana perasaan kita?

Ada pula pihak yang mengatakan bahawa BR1M hanyalah gula-gula pilihanraya. Eh.. betul jugak tu. Tetapi aku lebih suka menerima 'gula-gula' ini dari hanya menerima janji 'ayam madu panggang' yang belum tentu.


Kemaskini:
Menurut cerita (bukan cerita dongeng), akan ada BR1M 3.0, BR1M 4.0 dan seterusnya jika BN diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini. Lagi kata Najib: "the best is yet to come". Lihat di AGENDA DAILY. Ok.. sama-sama lah kita pegang pulak janji beliau. Kita tengok nanti betul ke tak 'Janji Ditepati'.

Ulasan