Tengok mesej guna 'eye phone'

Paparan LCD sfera melengkung
memaparkan imej lambang dolar.
Dalam masa terdekat akan tercipta la satu alat yang mampu membuat kita tidak perlu lagi melihat telefon bimbit untuk membaca mesej.

Mesej teks dan juga imej boleh diunjurkan terus kepada kanta sentuh di mata menggunakan teknologi wayarles.

Wow.. macam cerita fiksyen sains je bunyinya. Tapi itu lah yang penyelidik di Universiti Ghent percaya – kanta tersebut boleh menjadi kenyataan dan tersedia kepada umum hanya dalam beberapa tahun lagi.

Kini para saintis sedang membangunkan satu teknologi baru yang membolehkan mesej elektronik dihantar dari telefon bimbit secara langsung ke kanta sentuh yang dilekapkan di mata pemakai. Paparan LCD sfera melengkung, telah dicipta oleh penyelidik di Universiti Ghent, Belgium, mengendalikan unjuran imej menggunakan teknologi wayarles.

Ulasan