Kalendar Maya |
Menurut tafsiran pakar yang membuat kajian ke atas kalendar purba tersebut, tarikh akhir dari pengauditan panjang Kalendar Maya yang merentang selama 5,125 tahun dan berakhir bersamaan pada 21 Disember 2012, membawa maksud: 'pada 21 Disember 2012 dunia akan berakhir'. Pada hari Jumaat (esok) dunia akan kiamat!
Biarpun ada pihak yang menyangkal tafsiran yang mencemaskan ini, ianya tetap tersebar luas dan menjadi popular. Ada yang menerima dan mempercayai sepenuhnya, menimbulkan ketakutan di kalangan mereka. Ada juga beberapa pihak yang membuat persediaan menghadapi bencana ini seperti membina tempat perlindungan bawah tanah dan menyimpan bekalan keperluan serta makanan sebanyak yang mungkin.
Di China, Russia, Turki, Japan, Korea, dan Amerika Syarikat, penjualan tempat perlindungan bawah tanah persendirian meningkat secara mendadak sejak 2009. Pada 2009 juga sebuah filem berjudul 2012 dihasilkan, memaparkan kekecohan penduduk dunia menghadapi kemusnahan bumi berdasarkan perkiraan tarikh akhir di Kalendar Maya berkenaan.
Ramai yang benar-benar dalam ketakutan. Malah yang lebih memeranjatkan lagi ada yang bercadang akan membunuh diri kerana tidak sanggup menghadapi bencana besar yang mereka begitu yakin akan berlaku pada 21 Disember ini.
'Gunung mistik' di Bugarach, Perancis. |
Di Perancis, pihak polis terpaksa menutup jalan di sebuah kampung di Bugarach untuk menghalang ribuan orang fanatik dari membanjiri sebuah gunung untuk berlindung. Mereka percaya 'gunung mistik' itu adalah satu-satunya tempat yang terselamat dari kemusnahan semasa berlaku nya kiamat nanti.
– Percaya kah anda dunia akan kiamat pada hari Jumaat ini? Tak usah le percaya.
Kekalutan ini berpunca dari para pengkaji yang silap dalam membuat tafsiran. Turut menyumbang, penyebar berita yang mensensasikan cerita.
Ini pula jawapan ringkas NASA di laman web mereka: 'Dunia tidak akan berakhir pada tahun 2012. Planet kita telah berkeadaan baik selama lebih 4 biliun tahun, dan saintis-saintis yang kredibel di seluruh dunia telah pasti tiada ancaman yang dikaitkan dengan 2012.'
- Jumpa lagi kita pada 22, 23 atau 24 Disember 2012, dan juga di hari-hari seterusnya nanti. Wasallam.
Kemaskini 23/12/2012:
Dah lepas 21 Disember. Matahari masih kelihatan bersinar terang kalau tak mendung. Begitu juga bulan bintang di waktu malam.
Azan lima waktu masih kedengaran. Nelayan masih ke laut, petani masih ke ladang. Bumi tetap utuh sebagaimana sebelumnya. Dan.. hutang kereta serta hutang-hutang lain masih tetap kena bayar. Yang berkubur, tahyul doomsday 2012.
Satu upacara di ambang 'hari kiamat' diadakan di sebuah kuil lama di Guatemala. Tapi sehingga keesokan harinya bencana yang mereka jangkakan tidak pun berlaku.
- Laa.. ada lagi ramalan. Kali ini dari penganut 'The Sword of God Brotherhood'. Mereka percaya dalam masa terdekat kiamat betul akan berlaku iaitu pada 1 Januari 2017. Terbaca di The Sun.
Ulasan