Mesejnya hanya 'pakai lah kondom', tidak halang seks bebas

18SX. Lucu dan lucah.
AIDS boleh merebak melalui seks bebas, satu gejala yang sukar dibendung. Lebih kurang dua tahun yang lalu Aides.org telah mengeluarkan video animasi kartun yang lucu tapi lucah ini dalam kempennya untuk mencegah AIDS. Mesej yang jelas disampaikan hanya: 'sekurang-kurangnya pakai lah kondom'. Tiada gambaran yang menghalang amalan seks bebas. Malah, seolah-olah menggalakkan pula. Ingat, zina itu haram.

Berkemungkinan orang-orang di Aides.org telah membuat jangkaan bahawa tabiat buruk tersebut yang berlaku di kebanyakan negara, tak akan berjaya dihapuskan. Video kempen berkenaan menunjukkan langkah terakhir yang boleh dilakukan iaitu memakai kondom bagi menghalang AIDS dari tersebar melalui hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti HIV.

Amaran: Video memaparkan animasi lukisan grafiti yang boleh dikatakan lucu tetapi boleh juga dikategorikan sebagai 18SX. Lihat dengan risiko sendiri. Bebudak dilarang keras dari menonton.


Ulasan