Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja - Hari ini Jambatan Sultan Ismail ditutup

Lebih kurang pukul 4.00 ptg aku ke bandar. Ku lihat Jambatan Sultan Ismail hari ini telah ditutup kepada lalu lintas, sempena sambutan yang masuk ke hari terakhir (kelima).





Pengunjung tak ramai. Tak ada acara pada petang ni. Dengar cerita malam nanti ada pertunjukan bot berhias dan pertunjukan bunga api.



Muara Sungai Muar. Gambar diambil dari atas jambatan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kemaskini:
Malam lepas Isyak aku ke bandar.. lagi. (Rumah dekat, boleh ulang-alik.)




Ribuan orang membanjiri jambatan dan kawasan sekitarnya.




Pertunjukan bot berhias.


Pertunjukan bunga api sudah bermula.

Di bawah, pertunjukan bunga api yang sempat ku rakam dari atas jambatan. Agak terlambat dan agak jauh aku merakam. Mungkin lebih dekat sedikit jika rakam dari Dataran Muar.


Pertunjukan bunga api ini adalah penutup tirai sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor 2012 dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja, yang berlangsung selama lima hari lima malam.








Jambatan Sultan Ismail.



Persembahan hampir tamat di malam penutup. Penonton boleh dikatakan tidak begitu ramai. Orang ramai lebih betumpu di jambatan dan kawasan sekitar, Tanjung Emas serta Dataran Muar untuk melihat pertunjukan bunga api.


Ulasan