Seluar pendek James Bond dan beberapa barang lain akan dilelong

Seluar pendek James Bond. Kalau seluar pendek kita.. tak laku.
Seluar pendek ini pernah dipakai oleh James Bond (Daniel Craig) dalam filem Casino Royale. Tak tau le diaorang dah basuh ke belum tapi seluar ini akan dilelong di pusat lelongan Christie's di London.

Menurut berita, banyak le barang-barang lain yang diaorang katakan 'Bond memorabilia' yang akan dilelong di lelongan tersebut sempena ulangtahun ke50 James Bond di filem.

Dari kereta Aston Martin DBS, kereta replika BMW Z8 Roadster yang dibuat khas hingga lah kepada sampul surat yang pernah digunakan dalam filem James Bond akan dilelong bermula 28 September hingga 8 Oktober. Hasil lelongan akan disalurkan kepada 12 pertubuhan kebajikan.

Haa.. yang ni lebih mengancam dari seluar pendek, Aston Martin DBS 2008.

Kereta yang dibuat khas untuk James Bond, replika BMW Z8 Roadster.

Ini pula jam Omega yang pernah dipakai dalam filem James Bond. Ohh.. bukan.
Bukan jam Omega yang pernah dipakai dalam filem China doll.

Sampul surat pun ada dilelong.

#50 Years of James Bond, the auction at Christie's in London

Ulasan

Unknown berkata…
Selamat Maju Jaya
Orandableg berkata…
Mudah-mudahan