Pada hari minggu lepas aku ke kebun di kampung, sempat mengambil gambar. Pada mulanya ku rasa tiada apa-apa yang pelik pada gambar. Maklum la cuma gambar pokok sawit dan semak. Tapi bila tadi ku amat-amati gambar tersebut, ada yang tak kena. Misteri la pulak.
Oleh kerana berasa tak puas hati aku pun membluetooth gambar-gambar asal yang tersimpan di henfon ke komputer supaya boleh dizoom untuk dilihat dengan lebih jelas.
Sah, ada benda ganjil!
Cuba korang lihat gambar-gambar di bawah ni yang ku ambil sekitar pukul 6.00 ptg pada hari tu.
Sebelum buat cerita yang tak pasti dan dan buat apa-apa andaian, pada hari minggu ni aku nak siasat dulu. Tapi takde lah aku panggil ahli paranormal. Aku nak tengok sendiri kat tempat tu. Harap-harap le tunggul kayu ke atau benda-benda yang sebenarnya tak misteri ada di situ. Kalau tak ada??! Phh.. ni yang seram nak ke kebun sorang diri.
- Stay tune.
Kemaskini Ahad 9 September 2012:
Tadi petang lebih kurang pukul 4.30 aku ke kebun. Hujan renyai-renyai baru saja berhenti. Belum pun turun kereta, aku dah onkan kamera video henfon ku. Lepas tu.. (kita tengok je video yang aku rakam)
Tak jumpa pun benda yang serupa dengan yang muncul di gambar walau aku cuba meyakinkan ia adalah tunggul kayu yang ada di situ. Tak serupa. Lagipun dalam gambar berkenaan, tunggul kayu ni sebenarnya terlindung oleh pelepah sawit.
Misteri masih misteri. Tak tau nak kata apa. Mungkin kah ianya makhluk halus? Wallahu a’lam. Selama ni pun belum pernah berlaku kejadian yang menaikkan bulu roma walau aku pernah kerja sorang membersihkan kebun hingga ke lewat petang. Mintak-mintak jangan le.
Biar apa pun, aku tak nak la lanjutkan atau mensensasikan gambar yang ia tak ia ni. Nanti aku sendiri yang takut nak ke kebun. Tawakal dan yakinkan diri. Tiada lah benda ghaib yang lebih berkuasa di sesuatu tempat kecuali Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Tiada apa yang ganjil di sini. |
Pada sudut ini pun tiada apa-apa yang pelik. |

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." - petikan surah Al-An'aam ayat 162
Ulasan