Mona Lisa dan Mona Lisa

Isleworth Mona Lisa:
Dilukis sepuluh tahun sebelum Mona Lisa
Lukisan seakan-akan Mona Lisa ditemui sejurus sebelum Perang Dunia Pertama oleh Hugh Blaker, seorang pengumpul seni Inggeris, di rumah seorang bangsawan Somerset. Beliau membeli lukisan dan membawanya ke studio beliau di Isleworth, London, dan dari situ lukisan ini dinamakan Isleworth Mona Lisa.

Pengkritik seni mendakwa bahawa Leonardo da Vinci sebenarnya telah melukis dua potret Lisa del Giocondo, yang satu Mona Lisa yang terkenal, tergantung di Muzium Louvre di Paris dan yang satu lagi dilukis sepuluh tahun sebelumnya, disimpan oleh Hugh Blaker.

Isleworth Mona Lisa seterusnya dijual kepada pengumpul Amerika, Henry F Pulitzer, yang kemudian memberikan lukisan tersebut kepada teman wanitanya. Apabila Henry F Pulitzer meninggal dunia, lukisan telah dibeli oleh sebuah konsortium individu yang tidak dinamakan dan telah disimpan dalam bilik kebal sebuah bank Switzerland selama 40 tahun.

Bagaimanapun, Martin Kemp, profesor emeritus sejarah seni di Oxford mempertikaikan dakwaan ini.

Mona Lisa
#The Isleworth Mona Lisa Could Be An Early Version...

Ulasan