6 tahun mayat anak mereka disimpan di dalam peti sejuk

Peti sejuk berisi mayat terletak di penjuru sebuah bilik di rumah Tian Xueming.

15 tahun yang lalu, anak perempuan Tian Xueming meninggal dunia kerana demam panas. 6 tahun yang lalu anak lelakinya pula meninggal dunia akibat leukimia.

Oleh kerana tidak sanggup menerima kehilangan anak mereka buat kali kedua, Tian Xueming dan isterinya telah menyimpan mayat anak lelaki mereka di dalam peti sejuk hingga ke hari ini.


Setiap kali merasa rindu akan anak mereka, Tian Xueming dan isterinya secara senyap-senyap akan pergi, berpautan antara satu sama lain, berdiri di sebelah peti sejuk, melihat dengan tidak menunjukkan perasaan untuk seketika, dan kemudian meninggalkannya. Tian Xueming mengatakan anaknya: "dalam peti sejuk kelihatan betul-betul seperti ketika dia masih hidup. Anak saya masih dengan saya, dan tidak pernah pergi. Dengan menitiskan air mata Tian Xueming berkata: "Ini mungkin salah, tetapi kesakitan dari dua pengkebumian, kepiluan saya, ia adalah sesuatu yang orang lain tidak dapat memahami."

Rumah Tian Xueming di perkampungan Huangling, Chongqing, China.

Artikel dipetik dari chinaSMACK

Ulasan