Biasanya bila orang-orang kaya atau syarikat-syarikat menderma dalam jumlah yang besar kepada persatuan, pusat penyelidikan, rumah kebajikan dan sebagainya, nama mereka akan disebut di media-media. Masuk tv siap dengan replika cek selebar papanhitam untuk memberitau dunia bahawa mereka telah memberi sumbangan. - Kebanyakannya tapi tak semua, kerana ada juga yang menderma kerana mereka mau menderma, bukan kerana nama.
Menurut berita di BBC, ada seorang penderma yang tidak mau dikenali telah menderma sebanyak £20 juta (RM100 juta) kepada tabung imunologi kanser di UK.
Wang berkenaan akan diperuntukan sama rata di antara Institut Francis Crick untuk penyelidikan perubatan dan Universiti Southampton.
Jumlah wang yang diterima dari orang yang tidak mau dikenali itu adalah sebahagian dari hasil kempen £100 juta oleh Penyelidikan Kanser UK untuk membantu Institut Francis Crick, yang sedang dalam pembinaan di tengah-tengah kota London dan dijadual siap pada tahun 2015.

Ulasan