Catatan ringkas minggu pertama Julai 2012

01 Julai 2012:

Kaunter pejbius ke jam digital?

Tadi terbaca berita ini,
#Laporan polis terhadap Uncle Seekers
Kemudian aku lihat blog uncleseekers. Phh.. bilangan pejbiusnya di kauter bertambah begitu pantas, ngalahkan kiraan saat jam digital!
Lepas tu aku search 'uncle seekers' di YouTube. Jumpa video ni,
#Kebodohan Dan Kebiadaban Syed Abdullah Al-Attas (Uncle)

Kemaskini 02 Julai 2012:

'Ikan paus' yang meluncur di udara

Bentuknya seperti ikan paus, punya sayap dan boleh meluncur di udara. Ini lah pesawat kargo Super Guppy NASA.

Kemaskini 05 Julai 2012:

Uncle Seekers ditahan polis

Kerana pendedahannya di blog, Uncle Seekers ditahan polis.
#Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari
Kalau pada 1 haribulan lepas aku tengok blog uncleseekers telah pun mendapat sekitar 8.4 juta pejbius tapi hari ini dah meningkat kepada 10.5 juta pejbius (dan masih pantas bertambah). Ini bermakna pertambahan lebih dari 2 juta pejbius hanya dalam masa empat hari! Mungkin kah ini satu rekod pejbius laman web blog Melayu tertinggi dalam tempoh masa yang sama? Apatah lagi berita penahanannya kini baru tersiar di berita tv. Tentu lebih ramai lagi yang ingin menjenguk blog penuh kontroversi ini.

Kemaskini 06 Julai 2012:

Blog Uncle Seekers dah tak boleh dilayari

Tadi aku cuba tengok blog uncleseekers.. tak boleh. Berkali-kali aku cuba, memang dah tak boleh dilayari. Kemudian aku terbaca berita ni.
#Uncle Seekers positif Morfin, blog sudah tidak boleh dilayari...

Kemaskini 07 Julai 2012:

'Moonwalk' yang laju

Korang tentu pernah tengok bagaimana Michael Jackson buat moonwalk. Eleh.. pelan je dia buat. Yang ni.. punya lah laju.
#SUPER MoonWalking

Ulasan