Ketika minum air di sebuah kedai runcit di Jalan Kebun Sayur, Bakri, tak semena-mena hinggap la seekor rama-rama di tangan ku. Gambar tahun lepas. |
Monyet ni macam tau aku nak ambil gambar. Buat muka hensem. Gambar ku rakam pada satu petang bulan lepas di Tanjung Ketapang. |
Mesin ketam (double planer) di sebuah kilang perabut di Parit Bakar. |
Salah satu gear-box kaki mesin ketam. Keempat-empat aku buka. Hanya dua yang rosak untuk dibaiki. Kerja aku buat sekitar dua minggu lepas. |
Semasa berada di kilang tersebut aku ada menjenguk kilang sebelah. Mak ooi.. longkang tersumbat penuh sampah. Kemudian ada pokok sawit tumbuh mereket di tepi dinding. |
Ada juga pohon Ara. Akarnya tumbuh menjalar melekap di dinding. Pohon Ara berkenaan dah lebih dari sepuluh kaki tinggi. Amende le tauke kilang tu, buat tak kisah. Kalau dah roboh dinding tu, baru dia tau. |
Ulasan