Bila Zuhrah melintas di antara Matahari dan Bumi

Pada awal dua minggu lepas para pemerhati langit dari merata tempat dapat menyaksikan transit Zuhrah di mana planet Zuhrah melintasi di antara Matahari dan Bumi – satu peristiwa cakerawala yang tak akan dapat disaksikan lagi sehingga lebih seabad.

Hanya Zuhrah dan Utarid, yang lebih hampir dengan Matahari dari planet kita, boleh melalui kejadian penjajaran yang luar biasa ini.

Dengan orbit yang agak ketat, Utarid mengelilingi Matahari dengan cukup pantas. Kita dapat melihat transit planet Utarid berlaku setiap 13 hingga 14 tahun. Tetapi transit Zuhrah sangat jarang berlaku kerana orbitnya agak mencondong. Selepas transit Zuhrah 2012 ini, kita tidak akan melihat satu lagi transit Zuhrah sehingga lah pada tahun 2117.


Sumber: NATIONAL GEOGRAPHIC

Ulasan