Berjalan di atas tali menyeberangi Niagara Falls

Seorang pelagak ngeri Amerika, Nik Wallenda, 33, telah mencuba untuk berjalan di atas tali menyeberangi Niagara Falls dan.. dia berjaya. Jadi, dia dapat nama. Kalau tidak, mungkin tinggal nama.

Percubaannya telah ditonton oleh sekitar satu bilion penonton TV dan lebih daripada 125,000 orang pelawat yang datang ke pinggir air terjun berkenaan. Beliau mengambil masa 25 minit untuk merentasi jurang, di atas kabel keluli setebal 2 inci dan sejauh 1,800 kaki pada malam Jumaat lalu.

Untuk membantu keseimbangan, beliau memegang sebatang kayu sepanjang 40 kaki, disangkut dengan tali pada lehernya. Beliau juga memakai tali keselamatan yang dipasang pada kabel.

Nik Wallenda berjalan di atas tali merentasi air terjun yang begitu luas. Lak.. kecik je nampak orangnya.
Berjalan dari Amerika dan tiba di Kanada (Niagara Falls adalah sempadan). Mengambil masa 25 minit, pelagak ngeri ini disambut oleh ribuan penonton.
#Mail Online

Kita lihat video,

Ulasan