Kapsul mengandungi daging manusia ditemui oleh kastam Korea Selatan


Perkhidmatan Kastam Korea dilaporkan telah menemui hampir 17500 kapsul yang mengandungi daging manusia, yang diseludup ke negara itu dari China sejak Ogos 2011.

Menurut para pegawai, daging serbuk berkenaan datang dari bayi dan janin mati, dikatakan mampu menyembuhkan berbagai penyakit dan meningkatkan stamina.

Tetapi pegawai berkata kapsul penuh dengan bakteria dan mendatangkan risiko kepada kesihatan.

"Ia telah disahkan kapsul mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada tubuh badan manusia, seperti bakteria super. Kita perlu mengambil langkah-langkah yang lebih keras untuk melindungi kesihatan awam," seorang pegawai kastam dipetik sebagai berkata oleh Korea Times.

Pemeriksaan akan dipertingkatkan pada penghantaran ubat-ubatan yang tiba dari timur laut China, agensi berita Yonhap melaporkan.

Akhbar Dong-a Ilbo berkata bahawa kapsul telah diwarnakan atau dialih ke dalam kotak ubat-ubatan lain dalam usaha untuk menyembunyikannya.

Beberapa kapsul telah dijumpai di dalam beg pengembara dan di dalam kiriman pos, pegawai kastam berkata.

Dakwaan bahawa kapsul daging manusia diseludupkan dari timur laut China ke Korea Selatan telah muncul pada tahun lalu di dalam sebuah dokumentari televisyen Korea Selatan.

Kementerian Kesihatan China berkata ia sedang menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh program tv tersebut. #BBC

Ulasan

mayangbakingmadness berkata…
salam kenal ... gila makan daging busuk ...
Orandableg berkata…
salam kembali. tu le, ubat cina memang memacam.
onlajer berkata…
silap hari bulan kita yang termakan
Orandableg berkata…
harap2 tak berlaku