Rumah kayu 10 tingkat

Rumah yang diperbuat dari kayu terpakai.
Bangunan tinggi bertingkat biasanya diperbuat dari konkrit. Tapi ada sebuah rumah di Crossville, Tennessee, yang tinggi sehingga 10 tingkat, dibina dari kayu dengan tiang utamanya sebatang pokok besar. Rumah tersebut mengambil masa 11 tahun untuk disiapkan.

Pemilik rumah, Horace Burgess, mula mendirikan rumahnya pada 1993 setelah dia dipetik sebagai berkata, menerima 'vision from God'.

Rumah seluas 10,000 kaki persegi ini dibina dengan kos sekitar $12,000 kerana Horace hanya menggunakan bahan-bahan terpakai.

Rumah ini juga dikatakan 'rumahpokok' tertinggi di dunia.





#Mail Online

Ulasan