Perlawanan bola 1942: Menang, mati

Tidak ramai yang tau kisah ini, kisah perlawanan bola yang membawa maut kepada pemain pasukan yang menang.

Bagi rakyat Ukraine, perlawanan bola di antara pasukan Ukraine dan pasukan Jerman (Nazi, ketika itu) yang diadakan pada 9 Ogos, 1942, merupakan satu kisah lagenda berdarah.

Pada perlawanan tersebut, pasukan Ukraine menang 5-3 mengalahkan pasukan Jerman. Apa yang pemain-pemain pasukan Ukraine dapat? Mati! Pemain-pemain Ukraine terbabit ditangkap dan ada yang mati dibunuh oleh orang-orang Nazi yang tidak dapat menerima kekalahan itu. Ada berita tidak rasmi pula mengatakan, kesemua pemain habis dibunuh.

Terkorban: Pasukan terbaik Kiev (Kiev adalah ibukota Ukraine) yang
mengalahkan pasukan Nazi pada 1942.
Baru-baru ini, Agensi Filem Negara Ukraine telah membekukan pelancaran sebuah filem bertajuk 'The Match' kerana dikhuatiri filem tersebut akan menaikan semangat anti-Jerman semasa kejohanan bola Euro 2012 yang akan datang. Filem berkenaan berdasarkan kisah perlawanan bolasepak yang digelar 'perlawanan maut' 1942 itu.

Gambar dari petikan filem yang berdasarkan kisah benar.
Antara barisan pelakun yang membintangi filem 'The Match'.
#Mail Online

Ulasan