Cermin mata ajaib

Mungkinkah satu masa nanti orang tak perlu lagi membawa henfon?

Cukup dengan memakai cermin mata kita boleh membuat panggilan telefon, mendengar musik dan mengambil gambar. Malah boleh membuat panggilan video, mencari arah menggunakan GPS serta melihat beberapa aplikasi Android yang lain, hanya melalui skrin yang muncul di kaca. Tak perlu picit-picit butang. Semuanya boleh dibuat dengan arahan suara.

Mungkinkah? Macam cerita fiksyen je.


Tapi itu lah usaha yang diura-urakan oleh satu team Google di dalam projek yang mereka panggil 'Project Glass' – cermin mata yang mampu menggantikan henfon dan komputer tablet juga.

Biarpun cermin mata berkenaan buat masa ini belum pun secara rasmi diumumkan keberhasilannya, pihak Google telah pun membuat gambaran bagaimana cermin mata ajaib ini dapat digunakan, menerusi video mereka di YouTube.

Kita tengok,



Dengan teknologi yang canggih sekarang dan ditambah lebih lagi canggih, cermin mata tersebut mungkin akan berjaya dikeluarkan dan seterusnya dipasarkan dalam masa terdekat. Dan bilamana benda ni dah sah praktikal untuk digunakan, mungkinkah pakar-pakar lain yang serba nak mencipta, akan mencipta lagi alat perhubungan yang lebih dan lebih canggih?

Mungkinkah tercetus la pulak satu revolusi dalam dunia mudah alih di masa akan datang? – Orang tak perlu lagi menggunakan cermin mata ajaib ini, henfon atau memegang apa-apa alat untuk membuat panggilan. Cip mikro yang disumbatkan dengan berbagai aplikasi terus ditanam ke dalam kepala menjadikan seseorang itu mampu membuat panggilan telefon hanya dengan gerak fikiran. Mendengar suara panggilan macam dalam mimpi. Skrin pun muncul macam dalam mimpi. Boleh berchating, mendengar lagu, mengtweet dan lihat facebook. Mungkinkah?

Jam tu lah berlaku adegan seperti ini:

"Hei Mat! Kenapa kau ni? Membisu je menghadap ke dinding."

"Diam la. Aku tengah melayari internet."

Mungkinkah kecanggihan melampau ini akan berlaku? Dan mungkinkah satu hari nanti manusia akan berhubung di antara satu sama lain dengan cara yang seolah-olah masing-masing mempunyai kuasa telepathy. Sekiranya ini berlaku, mungkinkah.. ehh.. banyak le aku punya mungkinkah.

- Post ni sepatutnya aku beri tajuk 'Mungkinkah'.

Kemaskini 7/4/2012:
Lihat video lain (parody), yang cuba memaparkan keburukan menggunakan alat yang dinamakan Google Glasses ini di YouTube.

Kemaskini 9/10/2012:
Haaa! Kan aku dah kata satu hari nanti cip mikro akan terus ditanam kat kepala.. #Smartphone of the future will be in your brain

Mungkinkah..

Ulasan