Budak tembak bapa 'kerana PlayStation'

PlayStation. Gambar hiasan.
Berita ni sangat mengejutkan. Tentu kita tak akan menyangka bahawa ada budak yang masih kanak-kanak, baru seumur empat tahun sanggup membunuh bapanya sendiri kerana kemahuannya tidak dituruti.

RIYADH - Seorang budak lelaki Arab Saudi menembak bapanya yang enggan membelikannya PlayStation, media Arab Saudi melaporkan pada hari Isnin.

Harian Asharq yang memetik laporan polis di kawasan Jizan selatan berkata, kanak-kanak berumur empat tahun tujuh bulan, mencapai pistol bapanya dan menembak bapanya di kepala.

Menurut akhbar itu, kanak-kanak berkenaan telah meminta bapanya untuk membeli PlayStation dan kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa barang yang dikehendaki. Ketika membuka pakaian, bapa kanak-kanak tersebut meletakkan senjata, yang kemudiannya dicapai oleh kanak-kanak itu dan melepaskan tembakan ke arahnya dari jarak dekat. #AFP/Google.com

Ulasan