Bersih 3.0 Rally, dijadualkan oleh penganjurnya akan berlangsung esok. Kalau kita ronda2 di internet kita akan jumpa cerita yang bersangkutan dengan 'bersih' ini sedang hangat diperkatakan di banyak laman web.
Terjumpa lah aku satu video sidang media 'bersih' di YouTube. Antara lain Samad Said berkata: 'Dengan ini bersih 2.0 menuntut ahli-ahli suruhanjaya meletakkan jawatan. Rakyat akan.. bla bla bla. Rakyat juga.. bla bla. Rakyat juga.. bla bla bla.' Lihat video ini di YouTube.
Ingin sangat aku memaklumkan di sini bahawa 'rakyat' yang beliau maksudkan tu TIDAK TERMASUK AKU! Aku juga rakyat (rakyat Malaysia) tetapi aku tak mahu tergulung dalam rakyat yang sibuk menuntut ahli-ahli suruhanjaya pilihanraya meletakkan jawatan. Aku tak faham dengan perjuangan 'bersih' dan aku tak nak tau. Aku tak mau terlibat dengan 'bersih' ini. No way kata ongputih. Adalah lebih baik aku terlibat dengan bersihkan kebun ku di kampung. Ada juga faedahnya. Biar lah penyokong-penyokong 'bersih' dengan haluan mereka.
Semua orang patut tau: Kerajaan tidak menghalang perhimpunan Bersih 3.0 asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam. Pihak penganjur mahu Dataran Merdeka menjadi lokasi perhimpunan tetapi pihak polis menolak lokasi itu kerana konteks keselamatan. DBKL menawarkan tiga lokasi iaitu Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif. Bukan itu saja, Perbadanan Stadium Malaysia juga menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan. Semuanya ada empat lokasi alternatif yang selesa dan sangat sesuai diadakan perhimpunan. (Stadium Nasional Bukit Jalil adalah stadium terbesar di Asia Tenggara)
Tapi.. orang di belakang 'bersih' ni saja nak buat gara-gara. Langsung tidak mengendahkan keputusan pihak berkuasa tempatan. Tempat yang tak dibolehkan tu lah yang dipilihnya. Dataran Merdeka tetap akan dijadikan lokasi perhimpunan 'bersih' esok. Jadi, siapa kah yang patut dipersalahkan jika seandainya berlaku kekecohan? Polis yang cuba menyuraikan perhimpunan?
Kemaskini 30 Apr 2012:
Dah agak dah. Kecoh. Polis yang dipersalahkan..

Stadium Nasional Bukit Jalil |

Ulasan