Hati-hati, sekarang dah ada
mangkuk tandas boleh meletup.
Aje niaya seorang pemuda ni, tengah membuang, tiba-tiba mangkuk tandas meletup. Phh.
Akibat terkena serpihan letupan, bahagian belakang badan dan peha pemuda tersebut tercedera. Bau.. err.. tak usah cerita.
Kejadian berlaku di tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai pada 1.15 petang tadi. Pemuda terbabit telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian.
Mangkuk tandas meletup, lelaki cedera
28/03/2012 7:24pm
KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA/Kosmo
Ulasan