Li Xiufeng, mati hidup semula. |
Li Xiufeng ditemui kaku dan tidak bernafas di rumahnya di Beiliu, Wilayah Guangxi oleh seorang jiran selepas dua minggu dia terjatuh dan mendapat kecederaan di kepala. Dia dipercayai telah meninggal dunia kerana tidak lagi bangun setelah jirannya cuba mengejutnya berkali-kali.
Oleh kerana Li Xiufeng sebatang kara, jirannya itu, Chen Qingwang, 60 tahun, bersama anak lelakinya lah yang membuat persediaan pengkebumian.
'Mayat' Li Xiufeng diletakkan di dalam keranda dan ditinggalkan di rumahnya mengikut tradisi China.
Tapi sehari sebelum dikebumikan, Encik Chen Qingwang yang datang semula ke rumah itu mendapati keranda telah kosong, yang kemudian menemui wanita 95 tahun itu telah bangun, berada di dapur.. memasak!! Laa.. aje pelik.
Dia dilaporkan berkata kepada penduduk kampung: 'Saya telah tidur lama. Selepas bangun, saya terasa sangat lapar dan hendak memasak sesuatu untuk dimakan'. -Mail Online
Ulasan