Lelaki terkecil di dunia

Chandra Bahadur Dangi sedang memegang
suratkhabar, yang lebih tinggi dari beliau.
Seorang lelaki Nepal dijangka akan menerima pengesahan dari Guinness World Records sebagai lelaki terkecil di dunia.

Chandra Bahadur Dangi, 72, dari kampung Reemkholi di daerah Dang, sekitar 540 kilometer ke barat daya Kathmandu dikatakan berdiri setinggi 22 inci menjadikan beliau lelaki terkecil di dunia. Bagaimanapun, pengesahan rasmi hanya akan ditentukan oleh pakar dari Guinness World Records esok.

Lelaki terkecil di dunia sedang memanjat tangga rumahnya.
Berjalan di sekitar kampung.
Sumber: Mail Online

Pemegang rekod sebelum ini,
Junrey Balawing.
Kemaskini 27/2/12:
Dah sah, petani dari Nepal ini diumumkan sebagai lelaki terkecil di dunia. Seorang doktor dan pegawai dari Guinness World Records hari ini telah mengesahkan bahawa ketinggian beliau adalah 54.6 sentimeter (21.5 inci), memecah rekod 60 sentimeter (23.5 inci) yang dipegang oleh Junrey Balawing, seorang pemuda dari Filipina.

Khagendra Thapa Magar dari Nepal juga pernah diumumkan sebagai lelaki terkecil di dunia pada 2010. Ketinggian beliau 67.08 sentimeter (26.41inci).

Khagendra Thapa Magar sedang diukur ketinggiannya pada 2010.
Pemegang rekod terkini, Chandra Bahadur Dangi dengan dua sijil yang diterimanya.

Ulasan