Gambar asli: Orang takda dahi

Dari depan kelihatan biasa saja.
Jika kita lihat gambar lelaki dari fail Polis Miami di tepi ini, tiada lah yang kelihatan luar biasanya. Tapi bila kita lihat gambarnya di bawah, yang dirakam dari sisi, Astagfirrullah.. orang ni takda dahi!

Tanpa dahi, kepala terlekuk ke dalam.

Menurut cerita, ketika berusia 14 tahun, Carlos 'Halfy' Rodriguez (lelaki di gambar) bersama sepupunya telah mencuri sebuah kereta. Di bawah pengaruh dadah dia memandu laju dan terlibat dalam kemalangan. Dia yang tercampak keluar merempuh cermin depan kereta mendapat cedera parah apabila kepalanya turut terhempas di jalan raya. Doktor terpaksa membuang sebahagian besar tempurung kepala serta sebahagian otaknya. Dia terselamat.. ajaib.

Gambarnya mula tersebar sejak 18 bulan yang lalu tapi ramai yang tak percaya gambar berkenaan adalah gambar asli.

- Lihat di Mail Online

Ulasan