Badak sumbu mati ketika demo

Gambar hiasan.
Dari Kids' Planet
Di Rhino and Lion Nature Reserve, Afrika Selatan, sekumpulan aktivis anti-pemburuan haram telah menjemput beberapa wartawan untuk bersama-sama melihat bagaimana badak sumbu di hutan simpan itu dilumpuhkan buat sementara dengan ubat pelali supaya doktor haiwan boleh merawat tanduk dengan pewarna dan racun serangga – serta memasukkan peranti pengesan dan pengenalan.

Bagaimanapun, demonstrasi tidak berjalan seperti yang dirancang. Badak sumbu yang dijadikan demo.. mati la pulak!

Malang sungguh aktivis-aktivis ini. Nak tunjuk mereka melindungi badak sumbu tapi mereka pulak yang mengorbankan salah seekor haiwan yang hampir pupus itu. – di hadapan para wartawan.

Badak sumbu berkenaan yang dilumpuhkan dengan ubat pelali dikatakan tidak dapat dipulihkan semula setelah semua prosedur selesai dibuat.



Tahun lepas, rekod tertinggi iaitu sebanyak 448 ekor badak sumbu dibunuh oleh pemburu haram di Afrika Selatan. Tanduk badak sumbu dijual untuk dijadikan ubat tradisional Cina. #Mail Online

Ulasan