Nama Michael Jackson pada nama umang-umang prasejarah

Fosil umang-umang zaman dulu.
Sekumpulan saintis antarabangsa telah mengumumkan penemuan sejenis umang-umang prasejarah yang hidup sekitar 100 juta tahun dahulu.

Fosil haiwan berkenaan ditemui di utara Sepanyol oleh sekumpulan ahli paleontologi dari Universiti Kent State pada 25 Jun, 2009.

Namanya? Mesoparapylocheles Michaeljacksoni – ada nama Michael Jackson.

Apa kena mengena dengan Michael Jackson pulak.. boleh buat 'moon walk' ke umang-umang ni?

Menurut cerita, ketika kumpulan ahli paleontologi tersebut berada di sebuah restoran pada hari penemuan, mereka mendengar berita tentang kematian Michael Jackson di tv. Dari situ mereka bercadang untuk mengabadikan nama raja pop berkenaan kepada spesies umang-umang prasejarah yang mereka temui. #PHYSORG.com

Ulasan