Lelaki mengahwini kekasihnya yang telah mati

Perkahwinan luar biasa – seorang lelaki mengahwini kekasihnya yang telah mati dalam satu upacara perkahwinan dan pengkebumian di Surin, Thailand.

Chadil Deffy memakai tuxedo hitam dan bertopi ketika menyarungkan cincin ke jari pasangan pengantinnya yang terbaring kaku dalam upacara perkahwinan pelik itu. Pasangan kekasih berkenaan telah bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Eastern Asia. Mereka menjalinkan hubungan selama 10 tahun dan bercadang akan berkahwin. Bagaimanapun, wanita terbabit, Ann Kamsuk, telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya pada 3 Januari lalu.


#Mail Online

Ulasan