Dah masuk tahun baru

Bunga api 2012 di Red Square, Moscow.
Hari ini dah pun masuk tahun 2012, tahun baru. Selamat Tahun Baru kepada kekawan, abang adik kakak pakcik makcik semua.

Azam tahun baru? Err.. sama macam tahun lepas, tahun sebelumnya dan tahun sebelumnya lagi. Belum terlaksana. Masalahnya ialah azam ku pada awal tahun biasanya berkuatkuasa pada awal tahun juga. Bukan sepanjang tahun. Jadi, segan la aku nak cakap pasal azam-azam ni. By the way on the way to the kilang, aku ada seorang kenalan, seorang supervisor kilang bernama Azam. Apakah agaknya azam Azam di tahun baru ni?

Ok.. Malam tadi, lebih kurang pukul sepuluh setengah malam aku sekeluarga ke Tanjung Emas. Dengan berbekalkan sebotol besar Pepsi dan beberapa keping burger yang ku beli di depan Astaka, duduk lah aku dan anak bini ku di Dataran Muar menunggu detik dua belas malam mana tau kalau-kalau ada pertunjukan bunga api. – Takda.

Pukul dua belas suku orang yang ramai berada di tanjung beransur pulang. Ada yang sekeluarga, ada pakwe makwe, ada mat moto dan kumpulan budak basikal. Semasa baru tiba, aku lihat ada orang berkerumun di satu tempat. Aku ingat orang jual ubat tapi rupanya sekumpulan mat breakdance menari. Macam gasing berpusing pun ada diaorang buat tarian.

Yang untung orang berniaga mainan 'straw bercahaya'. Tak tau berapa banyak diaorang boleh jual malam tadi. Berebut-rebut orang membeli, macam lah benda tu percuma. Bebudak termasuk juga orang dewasa dengan warna warni cahaya rata-rata kelihatan di dataran.

Celah-celah tu semasa nak pulang aku termelihat tiga orang amoi, mak ooi punya la seksi. Jeling tu jeling jugak tapi aku terfikir, tengah malam pakai baju tak berlengan dengan skirt singkat, kat tanjung pulak tu.. tak sejuk ke? Amende le.

Sekitar 12:45 aku sekeluarga sudah berada di rumah.


KL 2012.

Ulasan