Pokok 'terbungkus' oleh sarang labah-labah


Banjir yang berlaku menyebabkan berjuta-juta labah-labah bertumpu ke satu tempat yang lebih tinggi di mana pokoknya tidak di tenggelami air untuk membuat sarang. Keadaan menyebabkan pokok kelihatan terbungkus oleh sarang labah-labah yang terlalu banyak. Gambar dirakam oleh Jabatan Pembangunan Antarabangsa UK pada bulan Disember tahun lepas di perkampungan Sindh, Pakistan.


Bagaikan jaring semulajadi yang menyelubungi pokok, sarang labah-labah boleh menyebabkan pokok mati. Bagaimanapun ada pakar yang berpendapat sarang labah-labah berkenaan akan memerangkap nyamuk-nyamuk sekaligus membantu mengurangkan jangkitan malaria.

Sumber: National Geographic

Ulasan

Raz berkata…
wow! nice!