Korea Utara 'menangis'

Hari ni banyak lah laman web berita memberitakan upacara pengkebumian mendiang Kim Jong Il. Upacara digambarkan dengan adegan-adegan orang awam berduka ekstrim. Seluruh Korea Utara 'menangis'. Tersangat lah ekstrim macam dunia nak kiamat.

Gambar yang tersiar memperlihatkan orang awam serta anggota tentera rejim kelihatan meraung-raung dan ada yang menangis merebahkan badan ke tanah. 'The people are crying tears of blood', kata tajuk berita di Mail Online yang membayangkan ke ekstrim an duka-lara rakyat Korea Utara. Betul ke sampai begitu sekali?

Artikel di The Telegraph ada menyatakan bahawa ramai pengulas yang ragu dengan kesungguhan rakyat meratapi kematian seorang diktator komunis yang mengamalkan pemerintahan kuku besi itu. Artikel juga menyatakan bahawa ada gambar di sekitar upacara pengkebumian yang dihantar oleh KCNA (agensi berita rasmi Korea Utara) kepada Reuters adalah gambar yang telah 'diatur'. Laa.. patut le.

Kita lihat beberapa gambar Korea Utara 'menangis',


'Haa.. nangis, nangis! Sape tak nangis, jaga-jaga lah kau nanti'.

'Bagusbagus. Lepas ni kau guling-guling pulak'.

Budak-budak kecik pun menangis? Jangan-jangan
kena cubit askar rejim Pyongyang tak?



Ulasan