Gerhana bulan

Gerhana bulan.
Malam tadi telah berlaku gerhana bulan. Fenomena ini hanya boleh berlaku pada bulan purnama, apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan sejajar dengan bumi terletak di tengah.

Menurut seorang ahli astronomi Perancis, André-Louis Danjon, yang mengukur tahap gerhana bulan mengikut kaedah kiraannya yang dinamakan 'Danjon scale', gerhana bulan terbahagi kepada lima peringkat iaitu L=0, L=1, L=2, L=3 dan L=4. L-0 adalah peringkat gerhana yang paling gelap sepenuhnya, hampir tidak kelihatan. Bulan masih terang kelihatan dengan warna kemerah-merahan pada kiraan L=4.

Gerhana bulan malam semalam dapat dilihat hampir dari merata tempat di seluruh dunia tetapi gerhana sepenuhnya hanya dapat dilihat dari kawasan Asia dan Australia.

Gerhana bulan kelihatan di sebelah Pintu Gerbang India, India.

Seakan-akan duduk di atas jambatan San Francisco. 

Gerhana bulan dan Menara Tokyo.

Imej-imej gerhana bulan dari Finland.

Kelihatan di atas hadapan patung Buddha di Kurunegala, Sri Lanka.

Imej gerhana bulan dari Tokyo.

Gerhana bulan yang dilihat dari Hong Kong

Imej gerhana bulan pada 3 Mac 2007.

Ulasan