Wanita lumpuh berjalan semula kerana kemalangan basikal

Seorang pelumba basikal paralimpik kini boleh menggunakan semula kedua belah kakinya yang 'terubat' oleh satu kemalangan basikal.

Monique van der Vorst, 27, lumpuh dari pinggang ke bawah dan telah menggunakan kerusi roda selama 13 tahun. Mengayuh basikal dengan tangannya, dia pernah mewakili Belanda di Sukan Paralimpik dan memenangi dua pingat perak.

Tetapi pada tahun lepas, selepas jatuh terhempas dari basikal, kakinya mula terasa gatal dan dalam masa beberapa bulan kemudian, dia boleh berjalan semula.

Monique van der Vorst ketika beraksi di Sukan Paralimpik Beijing.

Semasa berusia 13 tahun, sebelah kaki Monique menjadi lumpuh akibat kerosakan saraf selepas satu pembedahan buku lalinya.

Pada 2008, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menyebabkan kecederaan kepada saraf tunjang dan menjadikan dia lumpuh sepenuhnya dari pinggang ke bawah. Pada penghujung tahun yang sama, dia memenangi dua pingat perak di Sukan Paralimpik Beijing.

Pada tahun lepas, semasa mengadakan latihan untuk Paralimpik 2012 di London, dia terlibat dalam kemalangan dengan pelumba lain. Tubuhnya mengalami kekejangan dan sebelah kakinya terasa mencucuk sehingga kemudian terasa di kedua-dua belah kaki. Beberapa bulan kemudian, dia mampu berjalan semula.

Pulih sepenuhnya: Dia kini giat berlatih dengan basikal biasa dan bercita-cita
untuk berlumba di Sukan Olimpik 2016. Dia telah pun berada di tempat ke11
dalam pasukan berbasikal profesional wanita teratas.
#Mail Online

Ulasan