Wah beruntung betul aku, menang iPhone, menang iPad

Banyak le aku punya menang.
B.L.A.P.M.
Beruntung betul la aku hari ini. Buka saja satu laman web, muncul satu kenyataan berkelip-kelip menawan yang menyatakan aku memenangi sebuah iPhone 4. Wah! Hadiah percuma datang bergolek.

Tapi oleh kerana aku pun dah ada henfon walau henfon lama, aku tak meng'claim' hadiah yang aku menangi itu. Malas la nak pakai henfon banyak-banyak.


B.L.A.P.M.
Aku terus je melayari internet. Kemudian.. eh, dengan tak semena-mena aku menang lagi. Kali ini sebuah iPad 2 pulak! Tapi aku biarkan juga hadiah kemenangan berkenaan sebab aku dah ada komputer. Anak aku yang tingkatan dua tu pun dah dapat notebook 1Malaysia. Buat apa nak membazir, ye tak?

Bak kata pepatah, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu'. Jadi aku nak bagi tau berapa punya bertuahnya aku. Hari ini saja aku memenangi sekurang-kurangnya dua belas iPad 2 dan enam iPhone 4. Phh.. tapi tak satu pun aku ambik. Itu baru hari ini saja, tak termasuk semalam, hari tu, minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas. Bertimbun-timbun kalau aku kumpul hadiah percuma yang aku menangi, boleh bukak kedai..


BAANYAK LE AKU PUNYA MENANG!!! (nak mnipu tu patut-patut le).

Ulasan